Ujian & Dugaan, Tanda Allah Sayang
"Ya
Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya
Allah dalam menghadapinya...itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada
seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg
diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya..mungkin kekadang kita
merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji..Allah
akan menguji setiap hambanya yg beriman...
Setiap org
menghadapi ujian yg berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya..." la
yukallifullahu nafsan illa wus'aha". itulah ayat yg dirakamkan Allah di
dalam Al-Quran. Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak
diuji..Oleh itu, sbagai hamba Allah yg beriman mmg akan selalu
diuji..Ujian yg Allah turunkan kepada kita semua adalah satu peringatan
kpd kita supaya kembali semula mengingati Allah yang maha agong..Jangan
sesekali bermegah-megah, riak ataupun nampak alim di sisi manusia
tetapi hina di sisi Allah...nauzubillahi min zalik..ya Allah jauhkanlah
aku dari semua itu..tetapkanlah hatiku ini dengan keimanan yg teguh
terhadapmu.."Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati
kami pada agamamu dab ketaatan kepadamu.." Amin..
Di
dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء
(bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit),
kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir.
http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]
Menjalani
liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari
daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya
menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian
mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap
bebanan kehidupan.
Menurut
Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri
daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada
surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan
kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz
Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan
bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan
kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang
bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang
putus harap.
Dan
al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat
ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan,
dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan,
dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan
kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran
al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan
tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap
orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari
dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
( QS. Al-Baqarah: 286)
Dari
ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada
setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya.
Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka
terhadap ujian serta dugaan.
Ujian
yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang
hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah
al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan
nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
(QS. al-Ankabut: 2-3)
Ganjaran menanti bagi yang diuji
Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan
kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan
semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia,
menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith
yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu
‘Alahi Wassalam bersabda;
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya
besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan
sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka
itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan
ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa
yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi,
al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan
al-Tirmidzi.]
Jelas
bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang
manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan.
Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi
manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke
atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith
di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam
karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini
dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah
yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas
juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang
diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang
akan dia dapati.
Dalam
ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji
itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari
dengan syurga;
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada
orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan
(dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya)
pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (QS.
Al-Baqarah: 214)
Bentuk-bentuk ujian yang diberikan
Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;
1.
Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan
anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa:
90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Nabi Allah juga diuji
Para
Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah
lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang
dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
“Sesungguhnya,
manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi,
kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti
mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah
al-Sahihah, al-Albani]
1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Bala’ dalam konteks semasa
Mehnah
dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di
sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan
terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah
berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan
dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah.
Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan
kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian
buat dirinya.
Manusia
juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat,
menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang
tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang
pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi
dugaan buat dirinya.
Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.
Ada
orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada
dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji
dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu
akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada
orang diuji dengan kematian yang terdekat.
Pendek
kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun
dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah
kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran
yang tersendiri.
Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman
Orang
yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya
bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang
beriman apabila diuji;
يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu
beruntung. [Ali Imran: 200]
Menurut
al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah
merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.
Kesabaran
mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah
iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan
menjadi redha atas ujian yang berlaku.
Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;
وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]
Rasulullah
Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang
bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة
Rasulullah
Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays;
“Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh
Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]
Kaedah Bersabar
Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.
الصبر عند الصدمة الأولى
Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]
Jika
dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang
awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi
sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal.
Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini,
bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina
ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan
tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang
awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional
dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.
Kesimpulan
Maka
bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada
Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk
setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang
lebih baik menanti.
Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.
Umar
berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi
binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua
sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka
mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami
akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang
sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah
sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu
sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45)
[Riwayat al-Bukhari,
http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]
Wajib
untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza
wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan
mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang
datang pada awal tadi.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai
orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat,
sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
Wallahu 'aklam bissowaf....