LARI


MOTTO " MUIZ SYAFIIQ PURLE " TERIMA KASIH UNTUK YANG TERCINTA "NUUR INDRAMAULANA UNGU"

10 Tips dan Petua Murah Rezeki


Post image for 10 Tips dan Petua Murah RezekiSetiap hari kita bekerja dan mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga, diri sendiri atau sebagainya.Semua dilakukan dengan niat mendapat keredhaan Allah SWT namun kita juga digalakkan melakukkan beberapa amalan-amalan tertentu supaya rezeki yang diperolehi penuh berkat.Rezeki boleh ditakrifkan dari berbaga sumber antaranya kerja keras, Nasib baik dan sebagainya.

10 Tips dan Petua Murah Rezeki

Disini kami menyenaraikan koleksi 15 Tips dan Petua yang boleh dijadikan amalan supaya Bertambah rezeki kita.Semoga bermanfaat kepada anda dan keluarga, Mohon sharekan supaya kita tidak lalai dalam memperingati Allah apabila mendapat rezeki (murah rezeki)
Antara Amalan yang boleh dilakukan ialah : Tips Murah Rezeki

1.Memperbanyakkan Istighfar

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
Istighfar ialah pengakuan kesalahan dan rintihan kepada Allah SWT atas kesilapan yang dilakukan.

rezeki

2. Membantu orang yang menuntut Ilmu

Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Dengan membantu seseorang menuntut ilmu maka insyaAllah rezeki kita akan bertambah.

3.  Tinggalkan perbuatan dosa

Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Istighfar tidak akan laku jika kita masih melakukan dosa setiap hari, Maka sebolehnya tinggalkan dosa yang dilakukan demi mendapat keampunan Allah SWT.

4. Ingat Allah sentiasa

Jadikan setiap perkara yang kita lakukan adalah dengan mendapat keredhaan Allah SWT. Maka perkara yang kita lakukan akan mendapat berkat.

5. Banyakkan bersedekah secara beristiqamah

Amalkan sikap suka bersedekah kerana dengan bersedekah rezeki kita akan berlipat kali ganda.
Sedekah dapat menolak musibah serta dapat menambah kebarakahan umur.”

6. Banyak Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam. (sumber)

7. Sempurnakan Kerja

Kerja itu adalah satu amanah yang diberi maka sempurnakanlah melakukannya.Dengan cara ini rezeki kita akan bertambah insyaAllah

8. Tawakal dan Usaha seiringan

Bertawakallah kepada Allah dan jangan lupa pula untuk berusaha,Sesungguhnya Allah pasti akan membantu dalam kebaikan yang kita lakukan.

9. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam. (sumber)

10. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yangdicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baikdididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. (sumber)

Halaman Utama / Arsip Blog