INDRAMARLENA CAQDHAYONA
Mengucapkan banyak terima kasih.
Ada satu perkara yang suka aku
kongsikan bersama rakan-rakan. Tentu saja tentang cinta.. cinta yang
perlu ada pada perkiraanku selepas aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Kasih yang aku kira perlu aku lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diriku sendiri…
Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan…
Umur yang semakin berinjak jauh
meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan
memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu
ditanya kepadaku oleh teman-teman sekuliah dahulu.
“Tak ada buah hati ke?”
“Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam kau ni?”
“Kau ni jual mahal sangat kot?”
“Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau..”
“Aku sudah, kau bila lagi?”
Aduh… mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk kukatakan ketika itu,
“Belum jodoh lagi..”
atau aku katakan pada mereka,
“Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak”.
Titik.
Berbicara tentang cinta memang
tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dahulu seringkali aku
melihat pasangan yang kononnya sedang ‘hangat bercinta’ bertengkar atas
perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang aku ketawa
sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis lakonan di dalam
filem Hindustan yang kutonton di televisyen. Bermacam-macam gaya yang
ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba
memujuk si lelaki. Aku menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka
dalam tawa. Perkara yang padaku tidak wajar dilakukan apatah lagi
pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah dan halal di sisi Islam
sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki bersongkok.
Aku pernah dilamar seorang
lelaki pada perkiraanku dapat melengkapi kekurangan yang ada pada
diriku. Tentu sahaja aku mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum,
tegas dalam kelembutan, lucu dan bisa membuatku gembira, dan yang paling
penting dia seorang yang sangat menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup
padaku itu dan aku telah bertemu dengannya. Tapi, seperti yang kukatakan
sebelum ini, cerita ini tentang jodoh…
Arakian, aku dilamar aku menolak
dengan lembut atas alasan kerana mahu menumpukan perhatian kepada
pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang kupegang sejak mula aku
menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tidak suka berpacaran kerana pada
aku ianya tidak wajar.
Kukatakan pada lelaki itu,
sekiranya benar dia menginginkan aku menjadi suri hatinya maka tunggulah
sehingga aku dan dia selesai bergraduasi. Kukatakan juga bahawa aku
tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya seorang lelaki itu benar mahu
memiliki hatiku maka dia perlu memahami bahawa dia perlu lebih serius
untuk mengatur masa depannya berbanding berpeleseran tanpa hala tujuan
yang jelas.
Hubungan yang dijalin tanpa ada
matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh-sungguh
tetapi hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata.
Sekali lagi kukatakan di sini,
ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang lebih menarik untukku,
terserah padaku sahaja sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi
atau membiarkan diriku sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya
begini dan begitu…
Lelaki itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain…
Aku sedikit kecewa namun
kubisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam melayari
kehidupan dan mehnah, aku belajar pelbagai perkara. Setiap hari aku
belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, usia
yang semakin bertambah membuatkanku berasa gusar kerana masih tidak
dipertemukan jodoh.
Hidupku banyak dihabiskan dengan
bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Rakan-rakan
lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan rumahtangga dan aku masih lagi
sendiri. Agak sunyi tapi kutabahkan hati supaya aku tidak menjadi
seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba saat rezekiku dilebihkan
Allah di mana aku diterima bekerja sebagai salah seorang pegawai
psikologi. Tidak perlu aku ceritakan dengan tepat di mana aku
ditempatkan. Sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, tidak
pernah terlintas di fikiranku untuk mencari pasangan hidup. Niatku hanya
mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluargaku agar kami
dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita sekali lagi aku
maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang tertulis kemas di
luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan
hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah seorang daripada orang
bawahanku yang usianya lima tahun lebih tua dariku dan tentunya seorang
lelaki benar-benar membuatkan jiwaku bergetar. Entah kenapa, tapi aku
takut ianya melalaikan dan bisa menghumban diriku ke lembah kehinaan.
Takut untuk terjerumus di dalam zina hati.
Lelaki itu kerapkali mengujiku
dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang kadang-kadang membuatku
tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap sedemikian denganku dan tidak
dengan perempuan-perempuan yang lain di pejabat. Aku positifkan fikiran,
mungkin juga kerana aku adalah orang atasannya dan wajar saja dia
menghormatiku lebih daripada yang lain. Mungkin.
Satu hari, dengan izin Allah jua
ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu selera bersama rakan-rakan
sepejabat pada waktu malam, satu rahsia tersingkap. Salah seorang rakan
pejabatku bertanyakan sama ada aku sudah punya kekasih hati atau belum.
Satu soalan yang kukira agak lucu untuk ditanya. Aku senyum dan
menggeleng.
Dia kemudian berkata, ada
seseorang yang dekat denganku ingin menjalinkan hubungan yang lebih
rapat dan serius. Aku dapat mengagak tapi aku meminta kepastian darinya.
Nah! Jelas bahawa lelaki di pejabat yang sama yang kuceritakan sebentar
tadi. Tepat telahanku kali ini. Firasatku jarang tersasar apatah lagi
jika aku mohon agar Allah membimbingku agar aku tidak menjadi orang yang
berprasangka yang tidak baik kepada orang lain.
Hatiku menguntum senyum. Tentu
saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang lain yang bergelar
lelaki. Aku senang sahaja bekerja dengannya. Selalu di dalam doaku di
mana aku memohon agar aku dijodohkan dengan seseorang yang baik akhlak
dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan bonus bagiku
sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang…
Lelaki itu juga hingga sekarang
masih mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Aku cuma menjawab
pertanyaannya sekadar yang kumampu dan hingga saat ini tidak pula dia
menyatakan sendiri kepadaku bahawa dia punya ‘perasaan’ padaku. Aku juga
begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwaku rasa tenang dan gembira.
Namun cepat-cepat aku sedarkan
diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa denganku malah bukan mahramku
yang layak untuk aku fikirkan tentangnya. Aku cuba tidak memandang
tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan keperempuanan yang malu
dan masih menebal dalam diri menjadi perisai iman yang aku takut makin
terhakis.
Cuma satu yang ingin kupesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya ‘pacar’.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu tidak perlu merendahkan
martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah,
manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya,
hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.
Aku tidak menyatakan yang aku
ini tidak pernah berbuat dosa tapi aku berusaha untuk memperbaiki diri
dan cuba mengelakkan diriku daripada tergelincir ke arah itu.
Ingat, jika ada lelaki yang
menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan
daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar persis
seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu daripadanya.
Sekiranya dia benar-benar
serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan kewangan yang
kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan mendamaikan
dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan dirimu itu
sebagai suri hidupnya.
Sekadar bercerita tentang jodoh.
Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang tersulit sekali di dalam
keterbatasan pengetahuan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Harus diingatkan, walaupun ianya
urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti
dan berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang
diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan
kalian nanti juga akan direhai Allah, Insya-Allah.
Sekadar perkongsian rasa dengan
rakan-rakanku tentang urusan jodohku yang masih lagi samar. Moga sahaja
Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan dengannya dan menjauhkan
aku daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara
sir (rahsia) mahupun secara jahr (terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku redha.
Aku tidak mahu mengatakan bahawa
aku ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada
manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang
menghukumkan tentang itu.
Buat rakan-rakanku yang mungkin
sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, aku doakan agar kalian
memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
Ketahuilah bahawa Allah
memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin
saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari
nanti.
Pasangan kita moga terdiri
daripada si dia yang ‘melengkapkan’ kekurangan yang ada pada diri
masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya….
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta… moga kami meraih cinta-Nya, amin.
Do’a Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik
Artinya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Ali ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang shalih.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakariya a.s. agar diberi keturunan sebagai pelenjut perjuangannya menegakkan agama Allah. Kisah Nabi Zakaria bisa dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiyak
Allah menciptakan
perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang
yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu
terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh
telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
“Perumpamaan syurga yang
dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir
sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya
(demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa,
sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Surah
Ar-Ra’d; 35)
“Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan.” (Surah Ar-Rahman; 48)
“Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir.” (Surah Ar-Rahman; 50)
“Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan.” (Surah Ar-Rahman; 52)
“Mereka bertelekan di atas
permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua
syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.” (Surah Ar-Rahman; 54)
“Di dalam syurga itu ada
bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah
disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang
menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Surah Ar-Rahman; 56)
“Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar.” (Surah Ar-Rahman; 66)
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Surah Ar-Rahman; 70)
“Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang
penuh kenikmatan…” (Surah Luqman, 8)
“Dan dimasukkanlah orang-orang
yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka.
Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah “salam”" (Surah
Ibrahim; 23)
“Mereka tidak mendengar
perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi
mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang.” (Surah Maryam;
62)
“Berlumba-lumbalah kamu kepada
(mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit
dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah
dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa
yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah
Al-Hadid; 21)
“Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.” (Surah Yasin; 57)
“(Bagi mereka) syurga ‘Adn
mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan
gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka
didalamnya adalah sutera.” (Surah Fathir; 33)
“….Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.” (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada
kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami
hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga.
Ampunkahlah dosa-dosa kami.
- Artikel iluvislam.com
Setiap orang memilliki keinginan
untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini
merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan
syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia
kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan
binasa.
“Kemudian menggantilah selepas
mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa
nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan.” (Surah Maryam, 59)
Sebagian orang bijak berkata,
“Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia
menanam pohon penyesalan dalam hatinya.” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah
al-Qulûb, h. 17]
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.
Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah
ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka
dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara
yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum
seseorang dengan dirinya sendiri.”
Hawa nafsu perlu dilawan tetapi
melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih
utama daripada jihad lain.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Golongan yang dapat
ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang
yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas
Allah melupakan mereka.
2. Golongan yang berjihad
melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala
mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah
mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan
memohon ampun daripada Allah.
3. Golongan maksum (terpelihara
dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang
dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang
dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh
manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. “
Para sahabat nabi ketika pulang
dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, “kami telah
kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!”.
Demikian ini disebabkan melawan
hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang
dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa
nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya
melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.
Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun
pernah bersabda : “Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat
ketimbang menaklukkan sebuah kota!” [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub,
h.15]
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Aku Memohon Cinta-Mu,
dan Mencintai Sesiapa
yang Mencintai-Mu dan Mencintai Setiap
Perbuatan yang Mendekatkanku
kepada Cinta-Mu,
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikan Cinta-Mu paling dicintai olehku,
daripada Diriku, Keluargaku,
Hartaku dan Anakku,
Ibarat Orang yang Dahaga
Inginkan Air Sejuk Apalah pasir
yang menjadi kaca? Kaca menjadi cangkir.. Apalah mulut yang minum air?
Aku nantikan hujan mawar! Dan tak ingin lagi kehilangan.. . Turunlah
hujan mawar! Basahkan bumi saharaku Biar kubermandi seribu warna pelangi
Biar kuhapus rindu pelukan… CINTA DUNIAWI..
Posted :